artikel cobraeite


artikel utama
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel

bann_cobraeiteani.gif

NURMALENA MULA CABARAN TINGGAL BERSAMA KALA JENGKING

malena_kala.jpg

KOTA BAHARU: Wanita Ular, Nurmalena Hassan memulakan cabaran akan mencipta rekod sebagai wanita pertama berjaya tinggal bersama 2,000 ekor kala jengking.

Nurmalena, 24, anak kelahiran Tumpat, Kelantan akan tinggal bersama spesis berbisa itu dalam sebuah bilik kaca di Muzium Negeri di sini, dalam tempoh sebulan, bermula 1 Julai ini.

Bilik kaca seluas 5.1 meter x 2.4 meter itu dilengkapi pendingin hawa, katil dan kamera litar tertutup.

Tahun lepas bilik kaca itu juga mencatat sejarah apabila seorang wanita Fazida Mat Saad berjaya tinggal bersama 90 ekor ular berbisa selama 31 hari.

Sekiranya berjaya, Nurmalena akan mencatat rekod dalam Malaysia Book of Record sebagai wanita pertama berjaya tinggal bersama kala jengking dan mungkin juga wanita pertama di dunia yang berbuat demikian.

Usaha mencatat rekod tinggal bersama kala jengking yang pertama kali dilakukan wanita di negara ini adalah sempena Pameran Reptelia Antarabangsa di muzium itu.

Ibu Nurmalena, Maimun Che Muda, 45, berkata anak sulungnya itu dari lapan beradik memang berminat dengan binatang berbisa.

Hati ibu mana yang tidak risau tetapi makcik yakin Nurmalena boleh melakukannya, katanya lagi.

Pameran itu turut memaparkan 36 spesis reptelia dari seluruh dunia seperti hutan Amazon, New Zealand, Papua New Guinea, Australia dan Indonesia itu dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Tiket RM2 dikenakan untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Muzium Kelantan, Takiyuddin Hassan yang merasmikan pameran itu berkata, pameran itu bertujuan memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai reptelia seperti ular, kala jengking dan biawak.

logo_gadisnegativ.gif