artikel cobraeite


artikel utama
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel

bann_cobraeiteani.gif

DARI PERAGAWATI KE DUNIA ULAR

fazidanmybw.jpg

Oleh Matt Nazriee Hassan

DARI dunia modeling, seorang gadis melangkah berani menceburi kerjaya bahaya dan berisiko dengan mengadakan persembahan bersama ular-ular berbisa.

Sejak itu, cita-citanya hanya satu, ingin digelar sebagai Ratu Ular Dunia melalui penampilannya sebagai seorang penghibur dan peragawati yang beridentitikan ular.

Selepas enam bulan sahaja menceburi kehidupan bersahabat dan bermain-main bersama ular berbisa, Fazida Mat Saad, 24, telahpun bergelar Gadis Ular Malaysia pada bulan Jun 2000.

small_fazidaular.jpg



Gelaran itu dianugerahkan oleh Malaysia Book Of Record kerana berjaya tinggal bersama-sama 90 ekor pelbagai sepsis ular berbisa selama 31 hari dalam bilik kaca di Kota Bahru, Kelantan.

Fazida adalah satu-satunya gadis di negara ini yang mampu berbuat demikian dan semasa percubaan untuk mencatat gelaran itu, beliau berjaya menarik 200,000 pengunjung menyaksikan kehebatannya.

"Saya ingin membuktikan, wanita Malaysia pun boleh melakukan sesuatu yang luar biasa bagi mengharumkan nama negara," katanya kepada Infomaya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Sejak itu, beliau sebelum ini seorang peragawati sambilan mulai dikenali ramai dan giat mengadakan persembahan bermain ular ke seluruh negara bersama gurunya, Mohamed Ali Destagir.

Dalam usahanya untuk bergelar Ratu Ular Dunia, Fazida berkata, beliau akan tinggal lebih lama dengan beratus-ratus jenis ular berbisa dengan mengundang Guiness Book Of World Record bagi mendapat pengiktirafan dunia secara total.

"Suatu hari ianya pasti berlaku, itulah azam saya kini sejak berjinak-jinak dalam dunia permainan ular," kata Fazida lagi.

Beliau menjelaskan, ketika ini, belum ada lagi wanita yang diikhtiraf sebagai Ratu Ular Dunia.

Gadis manis ini, yang lebih mesra dengan panggilan Gee, kini bersama-sama krewnya yang dikenali sebagai Cobra 2000 dalam rangka road-show ke seluruh negara untuk beraksi sebagai penghibur persembahan ular nombor satu di Malaysia.

Cobra 2000 terdiri daripada 12 kakitangan, termasuk Fazida dan Ali Destagir yang bakal beraksi di atas pentas.

Pada setiap persembahan, Fazida akan menerapkan unsur-unsur modeling dalam persembahannya dengan menampilkan tarian ular, pertunjukkan fesyen ular dan cat-walk bersama ular.

Pertunjukkan fesyen ular memperagakan ular-ular sebagai selendang, tali leher, topi, tali pinggang dan sebagainya.

Fazida yang berasal dari Taiping, Perak menyatakan beliau dengan dunia ular sejak berusia tujuh tahun lagi.

"Entah kenapa ketika itu saya begitu tertarik apabila melihat gambar-gambar dan rencana mengenai ular di dalam majalah ataupun akhbar.

"Apabila usia mencecag remaja saya tidak lepaskan peluang menyaksikan persembahan dan pertunjukan ular di merata-rata tempat," jelasnya lagi.

Titik permulaan Fazida sebagai penghibur ular tercetus apabila beliau berkesempatan bertemu dengan Ali Destagir di belakang pentas selepas gurunya itu mengadakan persembahan di ibu negara awal tahun 2000.

"Saya menyatakan minat kepada Ali untuk terbabit dalam dunia ular sebagai penghibur dan beliau pun bersetuju untuk melatih saya," katanya.

Selepas lima bulan berlatih teknik-teknik menjinakkan ular beliau bersedia untuk melaksanakan misi yang pertama, mencatat rekod sebagai wanita pertama di negara ini tinggal bersama-sama ular berbisa selama beberapa hari.

Di Kota Bahru, Fazida berjaya melaksanakan impiannya sebagai "Gadis Ular Malaysia" dengan tinggal bersama 90 ekor ular berbisa selama 31 hari berturut-turut.

Semasa melaksanakan tugasnya itu, beliau sekali dipatuk ular, namun itu tidak mematahkan semangatnya.

"saya berjaya menahan bisa patukan ular tedung itu, kerana semasa mula-mula berlatih dahulu, saya telahpun lima kali dipatuk ular," jelasnya lagi.

Pada peringkat awal pembabitannya dalam dunia ular, Fazida mendapat tentangan daripada ibunya serta sanak saudaranya.

Fazida merupakan anak bongsu dari lapan beradik. Bapanya bekas tentera dan telahpun meninggal dunia.

"Tetapi di saat-saat akhir ketika saya sudah bersedia untuk mencatat rekod tinggal bersama ular seluruh keluarga mula mengizinkan pembabitan saya," katanya.

Fazida turut memohon restu ibunya, ketika mahu melangkah masuk ke dalam kurungan kaca dan ibunya turut membekalkan sepotong ayat doa untuk diamalkan ketika berhadapan dengan ular berbisa.

Bekalan ibunya, turut mengiringi kejayaan Fazida di samping teknik-teknik menjinakkan ular yang dipelajari dari gurunya. -- infoMAYA

small-fazida.jpg

e-mel Fazida:
fazida@cobraeite.zzn.com

FOTO FAZIDA

Fazida tersenyum sikit ketika ditemubual oleh Cobraeite

fazidaular.jpg

Fazida sedang menunjukkan pelbagai jenis ular berbisa sewaktu mengadakan persembahannya di Alor Setar, baru-baru ini

Hakcipta terpelihara oleh Matt Nazriee Hassan. Tidak dibenarkan menciplak sama sekali - penciplak adalah orang sangat jahat.