artikel cobraeite


artikel utama
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel

bann_infolight.gif

ULAR HIDUP DALAM PERUT WANITA

snake_perut.jpg

PARA doktor di bilik rawatan kecemasan panik seketika apabila mereka mendapati seekor ular sepanjang 1.83 meter bersarang di dalam perut seorang wanita.

"Ianya seolah-olah adegen sebuah filem horror, amat ajaib sekali," ujar seorang doktor Dr Damien Parez dari pusat rawatan kecemasan New York.

"ular tersebut berwarna putih berbelang hitam dan kepalanya besar sedikit dari badannya, seolah-olah memerhati ke arah kami. Ia berdesus berbunyi bagaikan cerek yang sedang mendidih air.

"Pada mulanya saya sangka ular tiruan, bagaimana pun seorang jururawat kami pengsan dan seorang lagi menjerit terpaku setelah melihatnya," kata Dr Damien.

Wanita tersebut, Patricia Roger, 36, dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit perut yang amat serius.

"Bila Patricia bangun pagi dia mengadu sakit-sakit perut yang luar biasa," ujar suaminya David, 40, seorang pengawal keselamatan.

"Mulanya kami sangka dia keracunan makanan kerana malam sebelumnya kami makan di sebuah restoran Jepun dan mengambil sushi sebagai makanannya.

"Saya katakan kepada Patricia biasa juga mengalami sakit-sakit perut apabila mengambil makanan mentah seperti ikan," kata David.

"Patricia mula mengalami muntah-muntah apabila kami memberi dia ubat-ubatan, tetapi dia mulai sakit-sakit lagi, apabila kami buka pakaiannya di bahagian perutnya kami lihat sesuatu yang bergerak-gerak," ujar Dr Damien.

Apabila di x-ray, para doktor dan jururawat di situ terperanjat dan sukar mempercayai apa yang mereka lihat dan denyutan jantung Patricia semakin lemah.

Mereka kemudian mengambil keputusan membuat pembedahan kecemasan ke atas Patricia di bilik kecemasan itu juga kerana masanya sudah suntuk untuk dibawa ke bilik pembedahan.

"Saya rasa ular tersebut bersarang di saluran perut Patricia sudah sekian lama dan membesar dan mengambil makanan melalui sistem saluran itu, tetapi bagaimana ular tersebut masuk ke perutnya, kami tiada idea untuk menyatakannya," kata Dr Damien lagi.

Selepas pembedahan itu dan setelah ular itu dikeluarkan dari perutnya, Patricia mula semakin pulih dan denyutan jantungnya semakin stabil.

Satu-satu kesimpulan yang dapat dibuat mengenai keadaan itu, Patricia kemungkinan tertelan telor ular dari sepsis itu apabila meminum air sungai semasa aktiviti perkhemahan di situ.

Patricia bukanlah mangsa pertama yang mengalami sitausi seperti ini. Dalam sebuah buku kesusteraan Zaman Pertengahan mengenai teks perubatan terdapat dua kes raptilia bersarang di dalam perut manusia.

Kes Pertama: Pada abad ke-16 di Perancis, seorang tukang kasut mengalami sakit perut selama 10 tahun dan akhirnya meninggal dunia akibat kesengsaraan itu. Isterinya kemudian menemui ular pada mayat suaminya.

Kes Kedua: Pada tahun 1642, seorang wanita Jerman bernama Catharina Geisslerin sentiasa memuntahkan cacing dan cicak melalui mulutnya selama 14 tahun. -- dipetik dari majalah PEOPLE

copy_cobra.gif