artikel cobraeite


artikel utama
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel

bannani_cobragraf.gif

NURMALENA SI RATU JENGKING

malena_bunga.jpg

Oleh BETTY SUBARYATI

NURMALENA Hassan, 24, gadis "scorpian" dari Tumpat, Kelantan yang bakal mencipta nama dalam Malaysian Book Of Record berhasrat untuk membuktikan kepada dunia, bahawa insane lemah lembut sepertinya memiliki kekuatan dan keberanian seperti lelaki, termasuk keupayaan menjinakkan binatang berbisa.

Nurmalena yang memiliki seraut wajah lembut dan manis, tidak menduga dirinya sanggup tinggal dengan 2,000 ekor kala jengking dari sepsis berbisa, malah makan tidur bersamanya selama sebulan dalam sebuah bilik kaca berukuran 2.4 meter X 6.0 meter.

Dilahirkan daripada keluarga sederhana, Nurmalena yang mendapat jolokan Ratu Kala jengking adalah anak sulung daripada lapan beradik.

Sebelum menceburkan diri dalam dunia kehidupan bersama kala jengking itu, dia hanyalah seorang kerani di sebuah syarikat swasta di Kota Bharu, Kelantan selama dua tahun.

Bagaimanapun, kerjaya itu tidak memberi sebarang kepuasan kepada dirinya, dan dia memutuskan untuk mempelajari dunia yang seolah-olah penuh fantasi tetapi benar dan menarik.

Memulakan perkenalan dengan Raja Ular, Ali Khan Shamsuddin dari Perak awal tahun lalu, Nurmalena ternyata sanggup bergelumang dengan dunia berlainan daripada manusia kebanyakkan, iaitu "berkawan" rapat dengan pelbagai binatang berbisa, termasuk ular tedung dan kala jengking.

Dia yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja, akhirnya diterima sebagai anak buah Raja Ular Ali Khan selepas menjadi pembantu kepada Gadis Ular Malaysia, Fazida Mat Saad, 25, yang memecah rekod "Malaysian Book Of Record" tahun lepas, setelah berjaya tinggal selama 30 hari bersama 90 ular berbisa di bilik yang sama di Dewan Muzium Kelantan.

Ketika ditemui penulis dari Berita Minggu, dia sedang mengadakan pertunjukan dalam bilik kaca itu, sempena Pameran Raptilia Antarabangsa di Kota Bharu bermula 1 hingga 30 Julai ini.

Untuk berbual, Nurmalena terpaksa menggunakan pembesar suara bagi menjawab beberapa soalan yang dikemukakan.

"Minta maaf, saya tidak dibenarkan keluar dari bilik kaca ini. Saya hanya boleh berehat selama kira-kira 15 minit setiap hari, itupun dalam bilik ini untuk melakukan kegiatan harian termasuk menunaikan solat lima waktu, makan dan minum serta tidur pada waktu malam.

"Ia adalah syarat yang wajib dipatuhi mengikut "Malaysia Book Of Record" untuk mencatatkan semua pergerakan menerusi alat perakam gambar yang di pasang dalam bilik ini.

"Semua pergerakan saya ketika sedang bermain sebagai usaha untuk menjinakan 2,000 kala jengking itu selama genap satu bulan," katanya.

Ditanya perasaannya ketika memulakan hari pertama dalam cubaan menjinakkan raptilia itu, Nurmalena berkata:

"Pada hari pertama tinggal dalam bilik kaca ini, saya berasa takut, gementar dan bimbang kerana difahamkan kerana tiga sengatan kala jengking ini boleh membawa maut," katanya.

Bagaimanapun, Nurmalena terpaksa menguatkan semangat bagi memastikan impian untuk membuktikan "anak jati Kelantan" itu boleh dikenali bukan sahaja di negara ini, malah di peringkat dunia dengan kejayaan mencipta nama dalam "Malaysia Book Of Record" malah sekaligus "World Record".

"Saya harap penduduk Kelantan turut mendoakan cubaan saya ini yang boleh menaikkan nama keluarga, sekaligus imej Kelantan kepada dunia luar," katanya.

Ketika berbual dengan penulis, dia tidak henti "bergurau" dengan ratusan kala jengking yang mengerumuninya, sama ada di kaki, tangan, muka, kepala dan rambutnya yang panjang.

"Sehingga kini , Alhamdullilah belum lagi terkena gigitan kala jengking kerana pelbagai rahsia ilmu sudah dipelajari daripada Abang Ali Khan.

"Kalau nak pegang kala jengking mesti di bahagian ekornya dengan berhati-hati dan binatang ini lebih senang berada dalam suasana gelap.

"Saya juga terpaksa menahan pergerakan bagi memastikan air sembahyang untuk waktu Zuhur dan Asar tidak batal. Saya menunaikan solat dalam bilik ini kerana kala jengking tidak mempunyai najis seperti ular.

"Pengalaman bersama ular yang ditempuhinya sebelum ini berbeza ketika bermain dengan kala jengking. Kala jengking lebih sukar untuk dijinakan kerana memiliki kaki dan sengat yang berbisa di bahagian ekor," katanya.

Pada waktu malam dia juga tidak boleh tidur lena kerana bimbang kala jengking itu tertindih badannya sehingga terkejut dan pergerakannya yang tiba-tiba itu boleh menyebabkan dirinya disengat.

Sementara itu, Ali Khan ketika ditemui berkata, Nurmalena adalah muridnya yang ke-23 dan dipercayai yang terakhir.

"Nurmalena menjalani beberapa latihan bersama saya termasuk mengadakan pertunjukan ular berbisa di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Kedah, Sabah dan Singapura bersama Fazida," katanya.

Ali Khan berkata, jika usaha Nurmalena ini berjaya, dia wanita pertama di dunia yang berjaya tinggal selama satu bulan bersama 2,000 kala jengking berbisa dalam sebuah bilik kaca sempat dan tertutup.

"Semua kala jengking ini diperolehi dari Thailand dan Perlis serta dalam beberapa kawasan di negara ini. Kala jengking ini juga memiliki sengat yang berbisa, terutama di bahagian ekornya.

"Bagaimanapun, dia ternyata seorang gadis yang berani mencuba dan saya yakin Nurmalena akan membuat persembahan dan aksi hebat selama sebulan bagi menarik perhatian penonton ke dewan muzium ini," katanya.

Dalam bilik kaca sempit itu, Nurmalena turut diberi kelengkapan untuk tidur, termasuk katil, bantal dan selimut, selain cermin untuk dia menghias diri, manakala makanan dan minuman harian dibawakan ke dalam bilik kaca itu.

Sempena pameran itu juga, pelbagai sepsis turut dipamerkan kepada pengunjung, seperti ular, cicak, kura-kura termasuk seekor biawak seberat 60 kilogram dalam 60 akuarium di muzium berkenaan.

Pengarah Perbadanan Muzium negeri, Ahmad Robert Abdul Rahim ketika ditemui berkata, pihaknya yakin pameran itu dapat menarik lebih ramai pengunjung menyaksikan pelagai jenis raptilia selain usaha Nurmalena yang bakal mencipta rekod dalam "Malaysia Book Of Record" dan "World Record".

"Tahun lalu sahaja, kira-kira 110,000 pengunjung menyaksikan kehebatan Fazida tinggal bersama ular berbisa dan pihaknya berharap tahun ini juga jumlah kunjungan akan meningkat kerana bentuk persembahan lebih menarik," katanya.

Pengunjung dikenakan bayaran RM2 untuk dewasa, manakala RM1 untuk kanak-kanak dan pameran dibuka mulai 1 Julai sehingga 31 Julai.

nurmalena@cobraeite.zzn.com

berita ini dipetik daripada Berita Minggu, 8 Julai 2001

logo_gadisnegativ.gif