artikel cobraeite


artikel utama
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel

bann_cobrani.gif

SEMENJAK Cobra Cobraeite dilancarkan pada Mei 2001, terdapat komen membina daripada pelawat yang melawatnya.

Mereka memberi pelbagai pendapat dan panduan supaya laman web ini terus beroperasi agar suatu masa nanti ianya menjadi laman web yang memenuhi kehendak semua peringkat maklumat berkaitan dengan dunia ular.

Cobra Cobraeite tidak hanya mensasarkan kepada infomasi maklumat mengenai pembabitan wanita dalam dunia ular tetapi juga info-info mengenai pameran, persembahan dan pertunjukan ular, maklumat ringkas mengenai spesis ular serta perkembangan semasa mengenainya.

cobrahead.jpg

Saya nyatakan akan berusaha ke arah itu dan ianya perlu mengambil masa kerana semua bentuk kerja dari rekabentuk laman web dan mengemaskininya dilakukan oleh saya secara solo.

Tanpa modal juga saya berusaha mencari sumber kewangan sendiri untuk menghidupkan Cobra Cobraeite agar dapat memenuhi citarasa semua pihak.

Terdapat juga pembaca yang mencadangkan supaya diwujudkan tabungan bagi menampung sumber kewangan untuk pengendalian operasi Cobra Cobraeite.

Pada cadangan itu saya berbesar hati untuk menubuhkan TABUNG COBRA untuk pembaca dan orang ramai membuat sumbangan sekadar yang mampu sebagai menyokong pengendalian ini.

Dan saya rasa sumbangan itu tidak terhad kepada kewangan sahaja, sesiapa juga yang berminat untuk membuat sumbangan dalam bentuk lain seperti disket, perisian, buku-buku nota dan lain-lain peralatan yang berkaiatan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), juga boleh berbuat demikian.

Dengan sumbangan pemcaca, syarikat korporat dan individu amnya akan menyemarakkan lagi tugas-tugas saya untuk membangunkan Cobra Cobraeite di samping dapat menambahkan lagi bilangan laman web berbahasa Melayu.

Sumbangan boleh dibuat kepada:

Cobra Cobraeite
1904, Jalan Stadium
05100 Alor Setar, Kedah. 

Sila maklumkan melalui alamat mel atau no telefon di bawah bagi yang berminat membuat sumbangan:
 
Tel: 012-5776615

Terima kasih kerana sudi menyumbang kepada Tabung Cobra dan terus menyokongnya.

"MAJUKAN ICT UNTUK NEGARA"

Yang benar,
Matt Nazriee Hassan
COBRA COBRAEITE

copy_cobra.gif