artikel cobraeite


artikel utama
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel

Personaliti TV Channel 9 : Puteri Anne Mohd Razali

PUTRI ANNE RAKAMKAN SI PENJEJAK ULAR DI KEDAH
Oleh Matt Nazriee Hassan 

ann_small.jpg
Putri Anne

KETIKA menerima panggilan daripada wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Ann, tidak terlintas langsung untuk memikirkan bagaimana rupanya personaliti TV Channel 9 yang ingin merakamkan kehidupan si penangkap ular.
 
Tanpa bertanya nama sebenarnya, saya membayangkan mungkin dia wanita Cina yang fasih bertutur Bahasa Melayu yang bertugas sebagai Wartawan Penyiaran di stesyen televisyen itu.
 
Dia minta saya tolong dapatkan seseorang yang boleh menangkap ular di kawasan sawah ataupun belukar bagi merakamkan kehidupannya menjejaki dan menangkap spesis reptelia yang dikatakan sering mengancam manusia.
 
Satu pertanyaan, daripada siapakah nombor telefon diperolehi untuk dia menghubungi saya. Kata penerbitnya, nombor telefon saya ditemui semasa melayari laman web Cobra Cobraeite dan menyerahkan pada Ann untuk berurusan dengan saya.
 
Saya berusaha menjejaki seorang penjinak dan penangkap ular Shamsu Shahid dan seorang wanita yang juga pembantunya Azizah Hassan dari Alor Star yang sanggup mendedahkan pemburuaannya menangkap ular untuk dirakamkan dan disiarkan dalam rancangan TV Channel 9.

ann_snake2.jpg

Ann yang saya sangkakan wanita Cina itu sebenarnya ialah Putri Anne Mohd Razali seorang gadis Melayu yang kecil molek, anggun dan bergaya. Beliau datang ke Kedah untuk untuk rakaman siaran di Ambang Merdeka di Menara Alor Star. Rakaman itu dipancarkan secara langsung ke seluruh negara menerusi Channel 9 pada malam menyambut 31 Ogos itu.
 
Selain itu beliau juga mencari bahan-bahan untuk segmen Seputar Malaysia dan saya berbangga dapat membantunya bagi merakamkan kehidupan si penangkap dan penjinak ular.
 
Putri Anne bersama penerbitnya Izan Hailmey Mokhthar dan Jurukamera Eksekutif Mohd Hasani Yamin saya bawa ke Taman Seri Kota di Alor Star untuk merakamkan kebolehan Shamsu yang dikenali sebagai Abang Sam menangkap dan menjinakkan ular.
 
Walaupun takut dan geli terhadap ular, namun pada petang itu Putri Anne turut berjaya memegang seekor ular sawa berusia setahun yang dibawa oleh Abang Sam untuk shot stand-upper.
 
Taniah Putri Anne kerana ini merupakan kali kedua beliau memberanikan diri memegang spesis ular, kali pertama beliau hanya setakat mampu memegang di bahagian ekor ular sawa sahaja ketika membuat rakaman semasa pameran ular di Kuala Lumpur. -- Cobra Cobraeite

-- terima kasih kepada Abang Hassan, Abang Lid, Josmani Salleh dari Taman Seri Kota dan ahli fotografi Bernama Kassim Saad yang turut bersama menjayakan rakaman itu.