artikel cobraeite

artikel utama
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel

bann_cobrani.gif

TINGGAL BERSAMA ULAR KERANA LAMAN WEB
Oleh Anna Issaic

ALOR SETAR: Seorang wartawan menyangkal dakwaan sesetengah pihak, keberaniannya masuk ke dalam bilik kaca yang terdapat lebih 50 ekor ular berbisa untuk menemubual gadis ular di dalam bilik itu adalah gimik yang telah dirancang.

Dikatakan beliau berani masuk ke bilik itu selama 30 minit untuk menemubual Nurmalena Hassan, 24, kerana memang mengetahui dan sudah dimaklumkan ular-ular di situ telah dibuang bisa.

Malahan ada yang menyatakan peristiwa itu sudah dirancang lebih awal wartawan itu dan pihak penganjur dan Raja Ular Malaysia Ali Khan Shamsuddin bagi menarik perhatian orang ramai menyaksikan pameran dan pertunjukkan ular di sini.

Sebenarnya bagi editor sebuah majalah internet, Matt Nazriee Hassan keberaniannya itu adalah di atas dorongan untuk memppopularkan laman webnya.

"Sebenarnya hasrat untuk menembual gadis ular itu tercetus secara spontan, tiada pakatan dengan pihak penganjur atau cabaran dari rakan-rakan wartawan sendiri," ujar Matt Nazriee.

Ketika itu Matt Nazriee bersama beberapa rakan wartawannya pergi membuat liputan ke pameran Raja Ular Malaysia di Plaza Putra Alor Setar.

Di pameran itu terdapat sebuah bilek kaca seluas 2.0 metar panjang x 3.4 metar lebar x 3.4 metar tinggi sedang mempamerkan aksi-aksi dan kebaranian gadis bersama-sama lebih 50 ekor ular berbisa yang terdiri daripada ular tedung dan ular sawa.

Setelah diamatinya gadis di dalam bilik kaca itu bukannya Fazida Mat Saad yang telah dinobatkan sebagai Gadis Ular Malaysia kerana berjaya tinggal bersama-sama lebih 90 ekor ular berbisa selama sebulan di Kota Bahru, Kelantan pada awl tahun 2000.

Rasa ingin tahu siapakah gadis itu dan juga bagi mendapatkan wawancara ekslusif untuklaman webnya, Matt Nazriee memberanikan diri untuk meminta kebenaran dari pihak penganjur, masuk ke dalam bilik itu.

Pengurus Promosi pameran itu A.Pacheappan terkejut apabila Matt Nazriee meminta kebenaran dan menyatakan hasrat untuk menemubual gadis itu dalam bilik kaca, sambil menganggap wartawan itu cuma bergurau.

Setelah mendapati Matt Nazriee begitu serius, Pacheappan terus bertanya: "You berani ker... nanti kita tanya Ali Khan dulu."

"Saya ketika itu berkata tidaklah terlalu berani tetapi akan cuba kerana saya yakin ular itu tidak akan bertindak ganas terhadap saya dan sambil bergurau berkata, say pun nak pecah rekod," ujar Matt Nazriee.

Matt Nazriee kemudian mendapat persetujuan daripada Ali Khan dan diberi kebenaran untuk masuk ke dalam bilik kaca itu dengan syarat segala risiko yang bakal dihadapi Matt Nazriee jika ular tersebut bertindak ganas, haruslah ditanggung sendiri.

Pihak penganjur dan Ali Khan sendiri tidak bertanggungjawab jika wartawan itu dipatuk ular.

"Hati saya berdebar-debar bila Ali Khan berkata demikian,ras takut dan was-was mula timbul, tetapi kerana memikirkan esoknya akan terpampang di akhbar wartawan Infomaya pecah rekod, saya yakinkan diri dan kuatkan semangat," kata beliau lagi.

Matt Nazriee berpendapat setelah berhempas pulas membina laman web tanpa sebarang pengalaman dan asas pembelajaran di bidang teknologi maklumat dan komputar di samping tidak mempunyai modal untuk mempromosi Infomaya inilah masa yang sesuai.

Rakan wartawan yang turut hadir terperanjat dengan keberanian Matt Nazriee tetapi mereka memberi dorongan dan kata perangsang manakala ada juga yang turut berjanji untuk memuatkan alamat laman web Infomaya dalam berita mereka nanti.

Untuk pengetahuan, laman web itu turut memaparkan perkhidmatan menulis berita dan rencana untuk akhbar tabloid dan majalah novelet yang bercambah di pasaran masakini.

Beliau juga cuba menerapkan konsep baru dalam bidang kewartawanan dengan memberi perkhidmatan menulis berita secara maya (virtual).

Kaedah Infomaya beroperasi juga secara maya, Matt Nazriee tidak memerlukan pejabat tetap sendiri, komputer sendiri dan alat komunikasi seperti telefon bimbit untuk penendaliannya.

"Pejabat saya ada di mana-mana dari Perlis ke sabah mahupun di seluruh dunia, setiap hari saya perlu habiskan masa sekurang-kurangnya empat jam di cyber cafe yang berhampiran," katanya lagi.

Ini bermakna Matt Nazriee mampun mengendalikan Infomaya, jika berada di Langkawi, Kuala Lumpur ataupun Kota Kinabalu tanpa memerlukan membawa sebarang peralatan pejabat.

"Cuma kebolehan melayari Internet, merekabentuk laman web dan cetusan-cetusan idea merupakan pejabat maya saya dan yang paling penting saya langsung tidak bermodal dan mempunyai sebarang sumber kewangan untuk mengendalikan infomaya," ujar Matt nazriee.

Sepanjang pameran dan pertunjukkan ular itu selama sebulan, infomaya juga turut membuka halaman kecil di bawah tajuk "Ratu cobra" dalam halaman "eXplorasi Kedah".

ARTIKEL/RENCANA MENARIK

Putri Anne Channel 9 Rakam Ular

Thaipusam Cara Thailand

Nurmalena Sah Catat Rekod Dunia

Nurmalena Si Ratu Jengking

Nurmalena Tiga Kali Digigit Jengking

Ular Hidup Dalam Perut Wanita

Catat Rekod Tinggal Bersama Jengking

Mengenali Jenis Ular Berbisa

Bermain Ular Di Langkawi

Wartawan Juara Kuat Makan

web_cobraeite.jpg

pixnewsassign.jpg

Ratu Cobra memaparkan peristiwa dan berita-berita semasa mengenai pameran dan pertunjukkan itu selama ianya berlangsung di Kedah.

Selepas pameran itu berakhir halaman eXplorasi Kedah akan memaparkan tajuk-tajuk yang lain pula bergantung kepada aktiviti dan program yang agak unik yang dapat menarik sector pelancongan di Kedah.

Matt Nazriee juga akan cuba menjadikan Ratu Cobra sebagai sebuah laman web yang berasingan kerana raptilia itu turut membantunya dalam proses mempromosi laman web infomaya.

Selain itu, bagi Matt Nazriee sendiri, keberanian beliau untuk masuk ke bilik kaca selama setengah jam itu sebenarnya ada rahsia tersendiri.

Menurut beliau, seumur hidupnya, beliau tidak pernah membunuh ataupun memukul walaupun seekor ular.

Pernah semasa tinggal di rumah bapa saudara saya, seekor ular kapak masuk ke dalam rumah, ketika itu tiada orang lelaki di dalam rumah kecuali saya.

"Emak saudara saya mengarahkan rotan yang sedia ada di bahagian dapur rumah dan ketika itu ular terbabit seolah-olah sedang mencari jalan keluar," cerita Matt Nazriee.

Ketiak itu, Matt Nazriee tidak sampai hati untuk membunuh ular tersebut dan beliau lantas mengetuk-ngetuk lantai simen seolah-olah sedang memukul ular terbabit dengan rotan, di samping itu beliau turut mengarahkan ular itu keluar melalui pintu dapur.

Di luar rumah dengan menggunakan rotan yang sama bersaiz sedepa panjangnya, beliau turut mengarahkan ular tersebut supaya lari masuk ke dalam hutan di belakang rumah mereka dengan memukul-mukul tanah.

"Saya terpaksa membohongi emak saudara saya yang ular tersebut sudahpun dibunuh dan saya yakin setiap perbuatan baik akan dibalas dengan baik juga dan kenyakinan itulah yang menyebabkan saya berani masuk ke dalam bilik kaca bersama-sama ular-ular berbisa," ujarnya lagi.

Katnya, beliau yakin ular-ular itu masih berbisa seperti yang didakwa Ali Khan tetapi dia lebih yakin ular-ular itu tidak akan mencederakannya kerana dia telah menabur budi kepada keturunan ular.

Memang benar, ketika sesi temubual diadakan seekor ular tedung hanya memanggukkan kepala kepada Matt Nazriee dan beberapa ekor yang lain hanya berlegar-legar di kaki.

"Itulah rahsia saya yang dapt menjinakkan ular, jika ada pun ular yang mematuk saya ketika itu, ianya adalah dari jenis yang tidak mengenang budi," ujar Matt Nazriee berseloroh.

Rahsia "pengasih" ular itu cuma kenyakinan tetapi Infomaya yang mencetuskan keberanian Matt Nazriee berhadapan dengan gadis ular di dalam bilik ular itu.

Esoknya sebuah akhbar berbahasa Melayu, Harian Metro dan lima akhbar berbahas Cina The China Press, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh, Kwong Hwa dan Guang Ming memaparkan berita "Wartawan Majallah Internet Pecah Rekod".

Selain sebagai editor Infomaya, Matt Nazriee juga merupakan Pemberita daerah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Alor Setar. -- dipetik dari tabloid Mingguan Misteri 10 November 2000.

copy_cobra.gif