artikel cobraeite


artikel utama
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel
artikel

bann_infolight.jpg

ULAR SAWA ERAM 100 BIJI TELOR DITANGKAP

ular_netas.jpg

BALING: Seekor ular sawa betina seberat kira-kira 150 kilogram yang sedang mengeram lebih 100 biji telornya ditangkap di hutan Bukit Charok Klian semalam oleh seorang peniaga ubat-ubatan herba.

Abdul Kadir Mat, 44, kemudian membawa pulang ular sawa itu bersama-sama telornya ke rumahnya di Kampung Tiak dekat sini yang terletak kira-kira dua kilometer dari bukit itu.

Beberapa hari rumahnya itu menjadi tumpuan orang ramai bagi menyaksikan ular sawa yang sepanjang tujuh meter itu sambil menetaskan telor-telornya satu persatu.

Telor-telor yang dibawa pulang bersama itu turut menetaskan lebih 40 ekor ular anak sawa di halaman rumah saya pada hari ketiga ular itu ditangkap, kata Abdul Kadir sambil menunjukkan anak-anak ular sawa yang baru menetas itu.

Beliau berkata, ini adalah merupakan ular sawa yang paling besar pernah ditemui dan ditangkap oleh penduduk-penduduk di sekitar daerah Baling.

Katanya, sebelum ini penduduk kampung berdekatan berjaya menangkap seekor ular sawa yang telah menelan seekor anak lembu tetapi tidak sebesar ular sawa yang ditemuinya itu.

Kata Abdul Kadir, pada pagi Jumaat lepas, beliau ke hutan di bukit itu untuk mencari herba-herba hutan dan terpandangkan sesuatu di dalam lubang pokok yang telah ditebang.

Apabila mendekatinya beliau mendapati seekor ular sawa sebesar tiang elektrik sedang berlengkar di dalam lubang itu.

Abdul Kadir segera pulang ke rumahnya dan membawa lima rakannya ke bukit itu untuk menangkap ular sawa tersebut.

Mereka mengambil masa kira-kira empat jam untuk membawa pulang ular sawa tersebut ke rumahnya dengan menggunakan sebuah motosikal.

Katanya, beliau akan terus memelihara ular tersebut bersama anak-anak ular yang baru menetas itu sehingga ianya diambil oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) atau pihak Taman Ular dan Reptilia di Perlis. -- habis

copy_cobra.gif