WARTAWAN JUARA KUAT INGATAN
ALOR SETAR: Seorang wartawan, Matt Nazriee Hassan yang juga pengasas Cobra cobraeite berjaya mengondol dua hadiah utama iaitu
Juara Kuat Ingatan dan Naib Juara Kuat Makan pada pertandingan Kekuatan Fizikal 99 Kedah yang diadakan diperkarangan Stadium
Darulaman d sini baru-baru ini. Matt Nazriee juga mengekalkan kedudukan Naib Juara pertandingan Kuat Makan yang
dimenanginya pada tahun lalu apabila berjaya memakan 23 biji baulu dalam masa seminit. Juara kategori kuat makan
anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) disandang oleh Abdul Rahman Mohd Zam yang memakan 25 biji baulu dan
tempat ketiga pula oleh Ahmad Tarmizi Shuib yang memakan 21 biji baulu. Sementara tempat kedua kategori kuat ingatan
anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri di sandang oleh Rosalan Ramli dan tempat ketiga pula oleh Abdul Rahman Ismail.
matt@cobraeite.zzn.com
www.cobraeite.zzn.com
dipetik daripada Utusan Malaysia 11 Julai 1999
|