ULAR HIDUP DALAM PERUT WANITA
PARA doktor di bilik rawatan kecemasan panik seketika apabila mereka mendapati seekor ular sepanjang 1.83 meter bersarang
di dalam perut seorang wanita. "Ianya seolah-olah adegen sebuah filem horror, amat ajaib sekali," ujar
seorang doktor Dr Damien Parez dari pusat rawatan kecemasan New York. "ular tersebut berwarna putih berbelang
hitam dan kepalanya besar sedikit dari badannya, seolah-olah memerhati ke arah kami. Ia berdesus berbunyi bagaikan cerek yang
sedang mendidih air. "Pada mulanya saya sangka ular tiruan, bagaimana pun seorang jururawat kami pengsan dan
seorang lagi menjerit terpaku setelah melihatnya," kata Dr Damien. Wanita tersebut, Patricia Roger, 36, dikejarkan
ke hospital kerana mengalami sakit perut yang amat serius. "Bila Patricia bangun pagi dia mengadu sakit-sakit
perut yang luar biasa," ujar suaminya David, 40, seorang pengawal keselamatan. "Mulanya kami sangka dia
keracunan makanan kerana malam sebelumnya kami makan di sebuah restoran Jepun dan mengambil sushi sebagai makanannya.
"Saya katakan kepada Patricia biasa juga mengalami sakit-sakit perut apabila mengambil makanan mentah seperti ikan,"
kata David. "Patricia mula mengalami muntah-muntah apabila kami memberi dia ubat-ubatan, tetapi dia mulai sakit-sakit
lagi, apabila kami buka pakaiannya di bahagian perutnya kami lihat sesuatu yang bergerak-gerak," ujar Dr Damien.
Apabila di x-ray, para doktor dan jururawat di situ terperanjat dan sukar mempercayai apa yang mereka lihat dan denyutan
jantung Patricia semakin lemah. Mereka kemudian mengambil keputusan membuat pembedahan kecemasan ke atas Patricia
di bilik kecemasan itu juga kerana masanya sudah suntuk untuk dibawa ke bilik pembedahan. "Saya rasa ular tersebut
bersarang di saluran perut Patricia sudah sekian lama dan membesar dan mengambil makanan melalui sistem saluran itu, tetapi
bagaimana ular tersebut masuk ke perutnya, kami tiada idea untuk menyatakannya," kata Dr Damien lagi. Selepas
pembedahan itu dan setelah ular itu dikeluarkan dari perutnya, Patricia mula semakin pulih dan denyutan jantungnya semakin
stabil. Satu-satu kesimpulan yang dapat dibuat mengenai keadaan itu, Patricia kemungkinan tertelan telor ular dari
sepsis itu apabila meminum air sungai semasa aktiviti perkhemahan di situ. Patricia bukanlah mangsa pertama yang
mengalami sitausi seperti ini. Dalam sebuah buku kesusteraan Zaman Pertengahan mengenai teks perubatan terdapat dua kes raptilia
bersarang di dalam perut manusia. Kes Pertama: Pada abad ke-16 di Perancis, seorang tukang kasut mengalami sakit
perut selama 10 tahun dan akhirnya meninggal dunia akibat kesengsaraan itu. Isterinya kemudian menemui ular pada mayat suaminya.
Kes Kedua: Pada tahun 1642, seorang wanita Jerman bernama Catharina Geisslerin sentiasa memuntahkan cacing dan cicak
melalui mulutnya selama 14 tahun. -- dipetik dari majalah PEOPLE
|