cobra_line.gif

bann_cobrazoom.gif

CATITAN COBRAEITE
-15 September 2004 :Rabu -

cobrahead.jpg

Keberanian wanita berhadapan dengan spesis reptilia ini adalah luarbiasa kemampuan mereka, justeru itu Cobra Cobraeite berusaha untuk mengumpulkan maklumat serta perkembangan semasa mengenainya agar dapat dijadikan bahan rujukan oleh semua pihak dan maklumat di website ini tidak terhad kepada penampilan wanita di dalam dunia ular sahaja tetapi juga individu lain seperti jurulatihnya mahupun syarikat pengendaliannya sehingga berjaya melahirkan aksi-aksi wanita di dalam dunia ular.
 
Cobra Cobraeite turut menyiarkan maklumat mengenai bio-data, karier dan pengalaman wanita-wanita yang terlibat di dalam dunia ular tidak kira besar atau kecil penglibatan itu namun mereka sudah dikira layak untuk mendapat gelaran Ratu Cobra daripada website ini.

Selain itu kami akan menyiarkan berita dan rencana maklumat semasa dan terkini dengan penglibatan wanita serta mana-mana pihak termasuk kumpulan, syarikat atau pertubuhan yang terlibat dengan aktiviti dan program kaitan ular.
 
salam dari
Cobra Cobraeite

line300.gif

BERITA & RENCANA TERKINI

PENGACARA CHANNEL 9 TANGKAP ULAR

ann_snake2.jpg

Pengacara popular stesyen televisyen Channel 9 Putri Anne Mohd Razali menampailkan keberaniannya memegang ular semasa beliau datang ke Kedah membuat rakaman untuk rancangan Seputar Malaysia tentang si penangkap ular. Putri Anne dan krewnya terbaca maklumat website Cobra Cobraeite dan menghubungi Cobra untuk mengaturkan rakaman tersebut.

...lihat berita penuh

DARI PERAGAWATI KE DUNIA ULAR

fazida_smile.jpg

Dari dunia modeling, seorang gadis melangkah berani menceburi kerjaya bahaya dan berisiko dengan mengadakan persembahan bersama ular-ular berbisa. Sejak itu, cita-citanya hanya satu, ingin digelar sebagai Ratu Ular Dunia.

...lihat berita penuh

NURMALENA CATAT REKOD DUNIA

malena_ratu.jpg

Nurmalena Hassan menamatkan pertarungan dengan mengukir nama dalam "Malaysia Book of Records" sebagai wanita pertama tinggal bersama 2,400 ekor kala jengking dalam sebulan, sekali gus mencipta rekod dunia.

...lihat berita penuh

TEMUBUAL ULAR KERANA LAMAN WEB

ular_telan.jpg

Seorang wartawan berjaya menemubual gadis ular di dalam bilik kaca yang mengandungi lebih 50 ekor ular berbisa, selama 30 minit semata-mata kerana ingin mempromosikan laman webnya.

...lihat rencana penuh

nur_malena.jpg
Nur Malena catat rekod dunia "Scorpian Queen"

TERKINI WANITA BERSAMA ULAR

Ratu Kala Jengking Malaysia, Nur Malena Hassan akhirnya berjaya dalam percubaannya untuk mengatasi rekod dunia tinggal bersama kala jengking yang dicatat oleh seorang gadis dari Thailand setelah berjaya tinggal bersama 3,000 ekor binatang berbisa itu selama 31 hari pada tahun 2002. Bagi memecahkan rekod tersebut, Nur Malena sanggup tinggal dengan lebih 6,000 ekor kala jengking dalam sebuah bilik kaca di Pusat Membeli-belah Kuantan Parade di Kuantan, untuk tempoh 36 hari tamat pada 25 September lalu

 
Seterusnya untuk lihat info dan berbagai aksi menarik Ratu Cobra klik saja pada menu

Ratu Cobra

icon_personal.gif

SEMBANG2 COBRAEITE

Dua versi sembang-sembang secara online melalui Forum Cobraeite dan Cobra Chat. Tanyalah berborak dan bincang apa saja topik dalam Sembang2 Cobraeite

Join Forum

Ramai member dalam forum ini untuk bincang-bincang kemukakan pendapat serta pandangan dengan pelbagai topik menarik termasuk tentang ular

Jom Chat

Chatting bersama member lama dan baru boleh sembang topik apa jua dan jangan lupa nantikan kemunculan Ratu Ular pada bila-bila masa untuk turut serta dalam Cobra Chat ini

COBRA COBRAEITE deSIGN

cobralogo.jpg

Cobra Cobraeite menampilkan satu lagi perkhidmatan iaitu Cobra Cobraeite deSign yang membuat rekabentuk logo grafik, laman web, kad nama dan promosi iklan. Buat permulaan dengan tawaran istimewa 50 keping kad nama hanya dikenakan bayaran RM2.50 daripada khidmat ini. Pesanan untuk tempahan kad nama boleh dibuat di sini

klik untuk tempahan

MENANG ANUGERAH WEBMELAYU

anugerah.jpg

Tahniah! Cobra Cobraeite adalah salah sebuah laman web berbahasa Melayu yang telah memenangi Anugerah WebMelayu 2000  Layari melayu2000.com untuk maklumat lanjut

Induk | Ratu Cobra | Info Cobraeite | Program Cobra | Kembara Cobra

Copyright 2004 Cobra Cobraeite. Hakcipta terpelihara
Graphic design by Cobra Cobraeite deSign