cobra_line.gif

Info Cobraeite

bann_infotainment.jpg

pix_cobra.jpg

Hi! saya Cobraeite pengasas dan pengendali laman web ini, untuk senang dan mudah ingat lebih baik ...
--Call Me Cobra

COBRAEITE - bermaksud Cobra IT (eite) nama Cobraeite digunakan buat pertama kali dalam sembang-sembang di Laman Web Melayu.Com dan chatting IRC

bann_melayu.gif

kad_mypix.jpg

SEPIRING KISAH SECAWAN KENANGAN

Seumur hidup Cobra, belum pernah lagi Cobra membunuh sebarang jenis spesis yang bernama ular! dan Cobra sendiri pernah menyelamatkan seekor ular tedung daripada mati dibunuh.

snake_drink.jpg

Sewaktu Cobra bertandang ke rumah emak saudara di Felda Lubuk Merbau, Kedah, seekor ular tedung yang sedang merayap-rayap masuk ke dapur rumah itu berjaya di selamatkan dari dibunuh.

Mak Ngah ketika itu mahu mencapai rotan sebesar lengan kanak-kanak untuk membunuh ular itu, tetapi Cobra menghalangnya.

"Mak Ngah duduk sini, biar saya yang bunuh ular itu," kata Cobra sambil mencapai rotan dari tangannya.

Di dapur Cobra berpura-pura memukul ular itu sambil memukul-mukul lantai dapur dan mengarahkan ular tedung itu keluar melalui pintu dapur.

Di luar Cobra memukul-mukul tanah sehingga ular itu lari masuk ke dalam hutan berhampiran.

"Dah mati ular tu saya bunuh, hancur kepalanya kena rotan ni," kata Cobra kepada Mak Ngah sambil tersenyum puas --Cobra Cobraeite

albumview.jpg

WARKAH COBRAEITE (GUESTBOOK)

Sila lawati guestbook ini dan tinggalkan sedikit komen ataupun sebarang pesanan untuk kepentingan bersama. Masuk Warkah Pelawat Cobraeite

Klik di sini

papercina.jpg

Keratan akhbar The China Press, Matt Nazriee Hassan menemubual Ratu Ular Nur Malena Hassan di dalam bilik kaca bersama-sama lebih 50 ekor ular berbisa di Alor Star.

COBRA COBRAEITE TERIMA SUMBANGAN

Cobra Cobraeite dikendalikan secara sukarela oleh wartawan Matt Nazriee Hassan dengan itu kerjasama untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai penglibatan wanita di dalam dunia ular amat diperlukan.

Pengendalian laman web seperti ini memerlukan kos untuk mencari sumber maklumat dan bahan-bahan berita serta mengemaskini dan merekabentuk laman web agar ianya terus berjalan lancar.

Dengan itu sumbangan daripada orang ramai dalam sebarang bentuk material kemudahan dan maklumat amat dialukan supaya Cobra Cobraeite menjadi Laman Web berinfomasi dan menarik.

Semua pertanyaan, maklumat & sumbangan
boleh melalui Cobra Cobraeite di alamat
COBRA COBRAEITE
1904, Jalan Stadium
05100 Alor Setar, Kedah
.

klik untuk sumbangan

mypix_pingathort.jpg

Pengendali Cobra Cobraeite, Matt Nazriee Hassan turut menerima pingat Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) bersama-sama 368 orang penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Kedah yang Ke-74 di Istana Anak Bukit pada awal tahun 2002.

Selain beliau di kalangan wartawan lain yang turut dianugerahkan pingat BKM pada tahun yang sama ialah Ketua Biro Utusan Malaysia di Alor Setar, Sopha Sulaiman manakala Siti Mariam Md.Zain, Wartawan Utusan Malaysia di Alor Setar turut menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

LAGI INFO COBRA COBRAEITE

Kendali Laman Web Khidmat Berita

Juara Kuat Ingatan dan Kuat Makan

Catatan Cobraeite & Chat Girl

Album Foto Personal Cobraeite

butt_cobranext.gif

Induk | Ratu Cobra | Info Cobraeite | Program Cobra | Kembara Cobra

copy_cobra.gif