cobra_line.gif

Program Cobra

bannani_bayu.gif

logo_cobraeite.jpg

AKTIVITI PAMERAN, PERSEMBAHAN DAN PERTUNJUKKAN ULAR

Cabaran Antara Insan Dan Ular

Acara "Cabaran Muktamad - Insan Lwn Ular" ini akan dipersembahkan pada orang ramai pada 30 dan 31 Mac 2002 mulai jam 10 - 6 petang di Stadium Badminton K.L., Cheras. Acara ini menyediakan hadiah wang tunai yang lumayan dan dan penyertaannya terbuka kepada umum.

"Cabaran Muktamad -Insan Lwn Ular" adalah satu acara yang terulung di Malaysia dan berkemungkinan juga di luar negara. Ia melibatkan lima jenis ular, di mana peserta dimestikan "bermain" selama 15 minit dengan lima jenis ular yang berlainan. Jenis-jenis ular tersebut ialah Tedung Selar, Senduk, Sawa Batik, Punti dan Rusuk Kerbau.

Pameran Raptilia Antarabangsa

Bertempat di Muzium Negeri Kelantan, Kota Baharu. Pameran setiap hari bermula 1 Julai hingga 31 Julai 2001. Dikenakan bayaran masuk untuk dewasa RM2.00 dan kanak-kanak RM1.00

Pameran berkisarkan jenis-jenis ular dan raptilia dari seluruh dunia serta diadakan percubaan mencatat rekod, seorang wanita menghadapi cabaran tinggal selama sebulan bersama 2,000 ekor kala jengking.

Taman Perlindungan Ular Langkawi

Lokasi di Ulu Melaka, Langkawi di buka pada setiap hari. Ahad-Khamis dibuka pada jam 10 pagi hingga 6.00 petang, manakala Jumaat-Sabtu dibuka pada jam 10 pagi hingga 9.00 malam. Dikenekan bayaran masuk bagi dewasa RM12.00 dan kanak-kanak RM7.00

Antara yang menarik ialah pameran ular termasuk ular sawa putih, permainan dan pertunjukkan ular serta pendidikan kitaran ular

Taman Ular dan Raptilia Perlis

Bertempat di Batu Pahat, Perlis diadakan pameran ular pada setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Masuk berbayar

Taman ini turut menjalankan kajian tentang spesis-spesis ular serta racun bias ular. Pernah menganjurkan Pertandingan Ular Antarabangsa

Untuk Perhatian Penganjur Ular!

Perhatian:
Pihak pengendali sila hantar dengan segera kepada Cobra Cobraeite sebarang aktiviti dan program yang sedang berjalan atau bakal diadakan di tempat anda

Kami memerlukan butir-butir seperti berikut: (Sekadar Contoh)

Program: Pameran Raja Ular Malaysia
Tarikh: 01 Julai - 31 Ogos 2001
Lokasi: Plaza Putera, Alor Setar, Kedah
Waktu: 9.00 pagi - 12.00 malam
Bayaran Masuk: Percuma
Anjuran: Taman Ular Perlis

logo_cobrashot.gif

PAKEJ KEMBARA COBRA

COBRA COBRAEITE MENGENDALIKAN "COBRA SHOT" PAKEJ KEMBARA EKSPLORASI DENGAN MEMBAWA PELAWAT MERASAI PENGALAMAN DAN KEBERANIAN PENJINAK ULAR MENANGKAP ULAR BERBISA DI PERMATANG SAWAH. SELEPAS MENIKMATI PANORAMA SAWAH PADI KEMUDIANNYA KE PULAU PAYAR MENYAKSIKAN KEINDAHAN TAMAN LAUT TERCANTIK DI NEGARA INI DENGAN KESEMPATAN BERMAIN BERSAMA IKAN DAN ANAK JERUNG DI GIGI PANTAI YANG MEMUTIH.

Pakej Eksplorasi:

1- Pakej "Main Land"
 : 3 hari 2 malam, termasuk penginapan di Hotel Seri Malaysia, pengangkutan dan makan ke Taman Laut Pulau Payar, Bersama Penjinak Ular Di Sawah, Menyusuri Sungai Kedah, City Tour Bandaraya Alor Star.
 : RM350/orang (Kanak-kanak separuh harga)

2- Pakej "One Day"
 : Bermula awal pagi bersama penjinak ular di permatang sawah kemudian menaiki bot ke Taman Laut Pulau Payar sehingga ke petang.
 : RM150/orang (termasuk makan dan levi Taman Laut)

3- Pakej "Group Trip"
 : Perlukan minima enam orang bagi setiap kumpulan untuk bersama penjinak ular di sawah dan menaiki bot ke Taman Laut Pulau Payar. Kumpulan dikehendaki pergi sendiri ke lokasi sawah dan ke jeti Kuala Kedah untuk menaiki bot.
 : RM10/orang (untuk di permatang sawah)
 : RM80/orang (untuk ke Pulau Payar tidak termasuk levi dan makanan)

logo_gadisnegativ.gif

--Pertanyaan mengenai peraduan ini sila hubungi

matt@cobraeite.zzn.com

butt_kodak.gif

*Cobra Cobraeite masih memerlukan beberapa pihak lagi untuk menaja peraduan fotografi ular. Iklan-iklan percuma akan diberikan kepada pihak penaja selama sebulan, berminat sila hubungi e-mel di atas.

snake_baby.jpg

COBRA e-KAD

Gunakan Cobra e-Kad untuk menghantar kad ucapan elektronik kepada rakan, sahabat ataupun sesiapa sahaja. Cobra e-Kad menampilkan rekabentuk grafik dan foto berimejkan spesis ular dan yang berkaitan dengannya

Dapatkan Cobra e-Kad di alamat URL

http://clix.to/cobraeite

butt_cobranext.gif

Induk | Ratu Cobra | Info Cobraeite | Program Cobra | Kembara Cobra

copy_cobra.gif