cobra_line.gif

Kembara Cobra

:: DESTINASI PILIHAN COBRAEITE

Taman Perlindungan Ular Langkawi

mangrovesnake.jpg

Jika anda berada di Langkawi, satu tempat yang menarik untuk dikunjungi sambil menambah ilmu pengetahuan ialah Taman Perlindungan Ular di Ulu Melaka yang merupakan produk terbaru pelancongan di pulau ini.

Ia juga menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang meluangkan masa kira-kira sejam melawat taman itu pada 8 April lalu.

Taman seluas tiga hektar itu dibangunkan oleh Kumpulan Maju Holdings dengan fasa pertama membabitkan kos RM3.5 juta.

Ia dibuka kepada pelawat pada 8 Mac lalu dan terletak di hadapan Kampung Tok Senik Resort yang juga milik syarikat berkenaan.

Ada empat lagi fasa tambahan akan dimajukan untuk memenuhi keluasan sebenar taman ini yang menjangkau 46 hektar. Fasa pertama hanya untuk ular spesies tempatan, diikuti dengan kumpulan ular tropika, bakau dan akhir sekali ular gurun.

Lagi maklumat taman ini

Taman Ular & Reptilia Perlis

snake_drink.jpg

Taman Ular ini terletak di Sungai Batu Pahat, disini terdapat pelbagai spsis ular. Bersebelahan Taman Ular ini, terdapat Taman Burung yang sungguh istimewa dan sesuai untuk dilawati.

Taman Ular diselenggara oleh Institute for Medical Research(IMR), yang bertujuan bagi penyelidikkan biologi keatas spesis ular di Malaysia, menawarkan berkaitan data santifik dan keputusan penyelidikkan.

tmular_man.jpg

Selain itu bagi menggalakkan lagi orang ramai untuk mengunjungi taman ular itu, pihak pengurusannya yang diketuai juga oleh seorang wanita sering menganjurkan aktiviti yang melibatkan penyertaan seperti Pertandingan Ular dunia.

Taman Reptilia Bukit Jambul

snk_mangsa.jpg

Taman Reptilia ini terletak di lokasi strategik berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta dikelilingi kawasan industri pembuatan dan perumahan yang utama di negeri ini. Berbagai jenis ternakan dipelihara termasuk ular, kura-kura dan juga rusa.

To'kong Ular Pulau Pinang

Boleh dikatakan sepanjang masa beberapa ekor ular jenis tidak berbisa akan datang dan berkeliaran di To'kong Ular yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bagaimanapun ular yang tidak dipelihara ini tidak menggangu pengunjung.

logo_kobra.gif
- JARINGAN LAMAN WEB ULAR -

Sebuah laman web yang paling berinformasi mengenai ular dan juga King Cobra yang ditampilkan dengan rekabentuk yang menarik dan mesra pengguna

Ular-Ular Berbisa Di Vietnam

Dapatkan maklumat mengenai jenis-jenis ular yang paling berbisa di Vietnam. Lengkap dengan nama saintifik, grafik dan foto-foto yang berkaitan.

Filem dan Cerita Wanita Berkaitan Ular

Memaparkan pelbagai kisah mengenai ular dan wanita yang dipetik dari filem dan cerita lagenda dari seluruh Asia termasuk India, Indonesia dan China.

Meditasi Ular Di Temple Of Isis

Sebuah rumah berhala (temple) ular di Oakland, Amerika yang mempunyai ramai pengikutnya doiasaskan oleh seorang dewi ular.

E-Mel Untuk Peminat Ular

Jika anda meminati atau peminat ular tentunya anda berbangga menggunakan E-Mel ini sebagai peti e-mel anda yang utama. Daftarlah sekarang dengan Cobraeite Mail ianya percuma.

logo_cobrabrown.jpg

Jika anda ingin promosi tempat dan pameran ular yang terdapat di kawasan anda, sila hubungi kami ataupun boleh menjemput Cobra Cobraeite ke tempat anda untuk membuat liputan.
 
Kami juga mengalu-alukan pihak anda menghantar maklumat dan bio-data wanita-wanita yang bertugas di taman-taman ular ataupun pameran ular untuk kami paparkan peranan mereka dalam laman web ini.
 
Cobra Cobraeite juga sedang mengumpul dan mendatakan laman-laman web berkaitan ular untuk link di sini, sila kemukakan alamat URL laman web itu untuk kami.

PENAJAAN UNTUK RATU COBRA

Cobra Cobraeite memerlukan penajaan dari individu dan juga pihak swasta untuk sebarang pengendalian dalam Laman Web ini. Penajaan tidak terhad, sumbangan boleh dibuat dalam bentuk material, sokongan dan idea-idea serta lain-lainnya, untuk itu hubungi 

COBRA COBRAEITE
1904, Jalan Stadium
05100 Alor Setar, Kedah
Tel: 012-5776615

e-mel

Induk | Ratu Cobra | Info Cobraeite | Program Cobra | Kembara Cobra

copy_cobra.gif