:: DESTINASI PILIHAN COBRAEITE
Taman Perlindungan Ular Langkawi
Jika anda berada di Langkawi, satu tempat yang menarik untuk dikunjungi sambil menambah ilmu pengetahuan ialah Taman Perlindungan
Ular di Ulu Melaka yang merupakan produk terbaru pelancongan di pulau ini. Ia juga menarik perhatian Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang meluangkan masa kira-kira sejam melawat taman itu pada 8 April lalu. Taman seluas
tiga hektar itu dibangunkan oleh Kumpulan Maju Holdings dengan fasa pertama membabitkan kos RM3.5 juta. Ia dibuka
kepada pelawat pada 8 Mac lalu dan terletak di hadapan Kampung Tok Senik Resort yang juga milik syarikat berkenaan. Ada
empat lagi fasa tambahan akan dimajukan untuk memenuhi keluasan sebenar taman ini yang menjangkau 46 hektar. Fasa pertama
hanya untuk ular spesies tempatan, diikuti dengan kumpulan ular tropika, bakau dan akhir sekali ular gurun.
Lagi maklumat taman ini
Taman Ular & Reptilia Perlis
Taman Ular ini terletak di Sungai Batu Pahat, disini terdapat pelbagai spsis ular. Bersebelahan Taman Ular ini, terdapat Taman
Burung yang sungguh istimewa dan sesuai untuk dilawati. Taman Ular diselenggara oleh Institute for Medical Research(IMR),
yang bertujuan bagi penyelidikkan biologi keatas spesis ular di Malaysia, menawarkan berkaitan data santifik dan keputusan
penyelidikkan.
Selain itu bagi menggalakkan lagi orang ramai untuk mengunjungi taman ular itu, pihak pengurusannya yang diketuai juga oleh
seorang wanita sering menganjurkan aktiviti yang melibatkan penyertaan seperti Pertandingan Ular dunia.
Taman Reptilia Bukit Jambul
Taman Reptilia ini terletak di lokasi strategik berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta dikelilingi kawasan
industri pembuatan dan perumahan yang utama di negeri ini. Berbagai jenis ternakan dipelihara termasuk ular, kura-kura dan
juga rusa.
To'kong Ular Pulau Pinang
Boleh dikatakan sepanjang masa beberapa ekor ular jenis tidak berbisa akan datang dan berkeliaran di To'kong Ular yang terletak
di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Bagaimanapun ular yang tidak dipelihara ini tidak menggangu pengunjung.
|