AKTIVITI PAMERAN, PERSEMBAHAN DAN PERTUNJUKKAN ULAR
Cabaran Antara Insan Dan Ular
Acara "Cabaran Muktamad - Insan Lwn Ular" ini akan dipersembahkan pada orang ramai pada 30 dan 31 Mac 2002 mulai
jam 10 - 6 petang di Stadium Badminton K.L., Cheras. Acara ini menyediakan hadiah wang tunai yang lumayan dan dan penyertaannya
terbuka kepada umum. "Cabaran Muktamad -Insan Lwn Ular" adalah satu acara yang terulung di Malaysia dan
berkemungkinan juga di luar negara. Ia melibatkan lima jenis ular, di mana peserta dimestikan "bermain" selama 15
minit dengan lima jenis ular yang berlainan. Jenis-jenis ular tersebut ialah Tedung Selar, Senduk, Sawa Batik, Punti dan Rusuk
Kerbau.
Pameran Raptilia Antarabangsa
Bertempat di Muzium Negeri Kelantan, Kota Baharu. Pameran setiap hari bermula 1 Julai hingga 31 Julai 2001. Dikenakan bayaran
masuk untuk dewasa RM2.00 dan kanak-kanak RM1.00 Pameran berkisarkan jenis-jenis ular dan raptilia dari seluruh dunia
serta diadakan percubaan mencatat rekod, seorang wanita menghadapi cabaran tinggal selama sebulan bersama 2,000 ekor kala
jengking.
Taman Perlindungan Ular Langkawi
Lokasi di Ulu Melaka, Langkawi di buka pada setiap hari. Ahad-Khamis dibuka pada jam 10 pagi hingga 6.00 petang, manakala
Jumaat-Sabtu dibuka pada jam 10 pagi hingga 9.00 malam. Dikenekan bayaran masuk bagi dewasa RM12.00 dan kanak-kanak RM7.00
Antara yang menarik ialah pameran ular termasuk ular sawa putih, permainan dan pertunjukkan ular serta pendidikan
kitaran ular
Taman Ular dan Raptilia Perlis
Bertempat di Batu Pahat, Perlis diadakan pameran ular pada setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Masuk berbayar
Taman ini turut menjalankan kajian tentang spesis-spesis ular serta racun bias ular. Pernah menganjurkan Pertandingan
Ular Antarabangsa
Untuk Perhatian Penganjur Ular!
Perhatian: Pihak pengendali sila hantar dengan segera kepada Cobra Cobraeite sebarang aktiviti dan program yang sedang
berjalan atau bakal diadakan di tempat anda Kami memerlukan butir-butir seperti berikut: (Sekadar Contoh)
Program: Pameran Raja Ular Malaysia Tarikh: 01 Julai - 31 Ogos 2001 Lokasi: Plaza Putera,
Alor Setar, Kedah Waktu: 9.00 pagi - 12.00 malam Bayaran Masuk: Percuma Anjuran: Taman Ular Perlis
|