INFO WANITA ULAR
LE'EMA KATHNLEEN GRAHAM
Dewi Ular dari Amerika yang memiliki berhala ularnya sendiri dengan menerapkan dan mengamalkan seni meditasi ular, yoga ular,
tarian ular dan kepercayaan sembah ular. Le'ema mempunyai ramai pengikut dari seluruh dunia yang mempelajari yoga
dan tarian ular di rumah berhala "Temple Of Isis" ularnya di Oakland.
Lihat info seterusnya
VINAI KRAYBOTR
Vinai Kraybort, pelakon wanita dari Thailand yang berani bermain dengan ular dalam lakonannya. Beliau digelar "snake
actress" oleh para producer di Thailand. Filemnya yang paling berjaya beliau beraksi dengan ular ialah filem
yang berjudul "The Spirit Of Evil Snake". Beliau beraksi begitu berani denag seekor ular sawa bersaiz 10 meter panjang
dengan atas kepala diletakkan ular-ular kecil.
Lihat info selanjutnya
TENGKU NORIAH TENGKU MAHMUD
IBU beranak tiga, Tengku Noriah Tengku Mahmud, 48, menjadi wanita pertama menyandang jawatan Pengurus Taman Ular dan Reptilia
Perlis. "Apabila mendapat surat pelantikkan itu saya terkejut dan pada masa sama bangga kerana wanita diberi
peluang menyandang jawatan itu," kata beliau.
Lihat info selanjutnya
FAZIDA MAT SAAD
DARI dunia modeling, seorang gadis melangkah berani menceburi kerjaya bahaya dan berisiko dengan mengadakan persembahan bersama
ular-ular berbisa. Sejak itu, cita-citanya hanya satu, ingin digelar sebagai Ratu Ular Dunia melalui penampilannya
sebagai seorang penghibur dan peragawati yang berkonsepkan ular. Selepas enam bulan sahaja menceburi kehidupan bersahabat
dan bermain-main bersama ular berbisa, Fazida Mat Saad, 26, telahpun bergelar Gadis Ular Malaysia pada bulan Jun 2000.
lihat info selanjutnya
NURMALENA HASSAN
Nurmalena Hassan, 24, adalah "Ratu Ular" yang mencatatkan rekod dunia sebagai Ratu Jengking dengan mencatat rekod
tinggal bersama-sama 2,400 ekor kala jengking selama sebulan. Beliau baru sahaja terlibat dalam latihan menjinakkan
ular, namun jurulatihnya sudah memberi sepenuh kepercayaan untuk beliau beraksi di dalam bilik kaca bersama kala jengking.
Lihat info selanjutnya
PUTRI ANDRAENNA RAZALLI
Setelah dibuktikan oleh
seorang penjinak ular dari Alor Star Kedah. Wartawan TV Channel 9 Putri Andraenna Razalli mendapati
spesis reptilia yang sering disalah anggap oleh masyarakat ini, sebenarnya tidak agresif dan hanya bertindak jika terasa dirinya
terancam.
Putri Andraenna turut dibarisi sebagai Ratu Cobra website
ini kerana komitmennya dengan dua assigment laporan mengenai dunia ular dan beliau juga berjaya ketepikan rasa takut dengan
memegang ular hidup untuk siaran rakaman itu.
lihat info lagi
|