Nurmalena Hassan, 24, adalah di antara muka baru yang digelar "Ratu Ular" tetapi dengan bergayanya telah berjaya
mencatat rekod sebagai "Ratu Kala Jengking". Beliau baru hampir dua tahun terlibat dalam latihan menjinakkan
ular, namun jurulatihnya sudah memberi sepenuh kepercayaan untuk beliau beraksi di dalam bilik kaca bersama 2,400 ekor kala
jengking.
Lihat Rencana Nurmalena
Nurmalena Hassan akhirnya menamatkan pertarungan mautnya dengan mengukir nama dalam Malaysia Book of Records sebagai wanita
pertama tinggal bersama 2,700 ekor kala jengking dalam sebulan, sekali gus mencipta rekod dunia.
Gadis manis dari Tumpat itu melangkah keluar dari bilik kaca yang menjadi tempat tinggalnya selama ini tepat pukul 3.40 petang
pada 31 Julai 2001 sebelum dipakaikan mahkota keemasan tanda kehebatan sebagai juara.
|