Home
Profail
Album
Galeri
Grafik Maya
matt nazriee hassan
Profail

bann_cobraeiteani.gif

kad_mypix.jpg

TANPA pendidikan formal dalam bidang teknologi maklumat dan pengkomputeran, Matt Nazriee Hassan berjaya mengendalikan sebuah laman web untuk pengumpulan maklumat dan rencana mengenai ular dan penglibatan wanita dalam dunia ular.

Lebih dari itu, Matt Nazriee selaku Webmaster laman Cobra Cobraeite turut menawarkan beberapa halaman perkhidmatan dan aplikasi sampingan dengan keupayaan merekabentuk laman web itu secara solo.

Selain sebagai bahan rujukan maklumat tentang ular, Cobra Cobraeite juga turut menyediakan aplikasi internet seperti e-mel percuma, chatting dan forum bersembang. Selain itu terdapat perkhidmatan yang ditawarkan iaitu Cobra Cobraeite deSign untuk rekabentuk grafik.

Matt Nazriee, Pemberita Daerah Bernama di Alor Setar melakukan itu semua atas kesedaran ingin melibatkan diri dalam bidang teknologi maklumat di samping ingin melakukan percubaan untuk belajar dalam bidang tersebut.

Matt Nazriee sebelum ini mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan hampir 10 tahun dengan pernah menjadi wartawan sepenuh masa dengan akhbar Bacaria, Mingguan Perdana, Warta Darulaman dan Mingguan Tanahair.

cobralogo.jpg

Beliau juga pernah dilantik dengan beberapa penerbitan seperti Mingguan Tempo, Era Baru, Buletin Utama, Media Rakyat, Warta KL, Pentas Dunia dan Matahari sebagai Wartawan Daerah.

Selain sebagai Pemberita Bernama, Matt Nazrie juga mempunyai masa terluang untuk melakukan kerja-kerja rekabentuk grafik yang ditempah pelanggannya seperti rekabentuk logo, laman web, kad nama dan promosi iklan.

PENGALAMAN & KARIER

-Sekarang

EDITOR/WEBMASTER
Cobra Cobraeite
 
GRAPHIC DESIGNER
Cobra Cobraeite deSign

PEMBERITA
Bernama

-Sebelum ini

WARTAWAN TETAP
Mingguan Tanahair
Bacaria
Warta Perdana
Warta KL
Warta Darulaman

WARTAWAN SAMBILAN
Mingguan Tempo
Buletin Utama
Era Baru
Watan
Pentas Dunia
Bebas
Harakah
Matahari
Mingguan Misteri

KARYA DISIARKAN
Radio Kedah
Utusan Malaysia
Berita Harian

PINGAT & ANUGERAH

BINTANG KEBAKTIAN MASYARAKAT
Anugerah Pingat Keputeraan Sultan Kedah 2002

STRINGER TERBAIK KEDAH
Anugerah Media dan Komunikasi Kedah 1998/99

KOMITMEN TERBAIK MEDIA
Anugerah Media dan Komunikasi Kedah 1998/99

JUARA KUAT INGATAN
Pertandingan Orang Kuat Kedah 1999

matt nazriee (baju putih)