CATITAN COBRAEITE
-15 September 2004 :Rabu -
Keberanian wanita berhadapan dengan spesis
reptilia ini adalah luarbiasa kemampuan mereka, justeru itu Cobra Cobraeite berusaha untuk mengumpulkan maklumat serta perkembangan
semasa mengenainya agar dapat dijadikan bahan rujukan oleh semua pihak dan maklumat di website ini tidak terhad kepada penampilan wanita di dalam dunia ular sahaja tetapi juga
individu lain seperti jurulatihnya mahupun syarikat pengendaliannya sehingga berjaya melahirkan aksi-aksi wanita di dalam
dunia ular.
Cobra Cobraeite turut menyiarkan maklumat mengenai bio-data,
karier dan pengalaman wanita-wanita yang terlibat di dalam dunia ular tidak kira besar atau kecil penglibatan itu namun mereka
sudah dikira layak untuk mendapat gelaran Ratu Cobra daripada website ini.
Selain itu kami akan menyiarkan berita dan rencana
maklumat semasa dan terkini dengan penglibatan wanita serta mana-mana pihak termasuk kumpulan, syarikat atau pertubuhan yang
terlibat dengan aktiviti dan program kaitan ular.
salam dari
Cobra Cobraeite
BERITA & RENCANA TERKINI
PENGACARA CHANNEL 9 TANGKAP ULAR
Pengacara popular stesyen televisyen
Channel 9 Putri Anne Mohd Razali menampailkan keberaniannya memegang ular semasa beliau datang ke
Kedah membuat rakaman untuk rancangan Seputar Malaysia tentang si penangkap ular. Putri Anne dan krewnya terbaca
maklumat website Cobra Cobraeite dan menghubungi Cobra untuk mengaturkan rakaman tersebut.
...lihat berita penuh
DARI PERAGAWATI KE DUNIA ULAR
Dari dunia modeling, seorang gadis melangkah berani menceburi kerjaya
bahaya dan berisiko dengan mengadakan persembahan bersama ular-ular berbisa. Sejak itu, cita-citanya hanya satu, ingin digelar
sebagai Ratu Ular Dunia.
...lihat berita penuh
NURMALENA CATAT REKOD DUNIA
Nurmalena Hassan menamatkan pertarungan dengan mengukir nama dalam
"Malaysia Book of Records" sebagai wanita pertama tinggal bersama 2,400 ekor kala jengking dalam sebulan, sekali gus mencipta
rekod dunia.
...lihat berita penuh
TEMUBUAL ULAR KERANA LAMAN WEB
Seorang wartawan berjaya menemubual gadis ular di dalam bilik kaca
yang mengandungi lebih 50 ekor ular berbisa, selama 30 minit semata-mata kerana ingin mempromosikan laman webnya.
...lihat rencana penuh
|